Sunday, December 24, 2017

Pengalaman Bersalin Nia!

Even from the beginning of my pregnancy, the nurses and the doctors love to keep reminding the risk of premature in twin pregnancy. But never have I ever thought that it would be the case for me.

Isnin, 30 Oktober 2017

The previous week was a bit hectic. BangJol tak sihat, dengan keadaan sarat - Almaklumlah dan 35 minggu mengandung kembar pulak - sibuk menguruskan suami keluar masuk klinik dan hospital. Petang Isnin tu dah mula rasa sakit-sakit di bahagian rusuk. Kekman mengadu pada emak, emak yakinkan kekman mungkin sakit tu sebab angin. Oleh kerana kekman mampu menahan sakit tu, Kekman pun buat tak endah je la.


Selasa, 31 Oktober 2017

Sakit dibahagian rusuk merebak ke belakang badan dari pinggang sehingga ke bahu. Rasa sakit semakin bertambah sampai kekman sukar nak bernafas. Kesakitan bertambah bila berbaring, akibatnya kekman tak boleh nak tidur. Kali ni emak Kekman mencadangkan untuk terus ke klinik, risau dengan keadaan kekman. Tapi Kekman gagah menahan sakit dan paksa untuk tidur walau dalam keadaan duduk sekalipun.

Dalam keadaan menahan sakit dan tak selesa, malam tu tidur pun tak lene. Tidur sekejap, terjaga sekejap. Sibuk ubah posisi tidur supaya boleh tidur dengan selesa.

Rabu, 1 November 2017

4.30 AM - Dah tak larat nak ubah posisi tidur, sakit pun dah tak tertahan. Kekman keluar dari bilik dan terus duduk di sofa ruang tamu. Berjaga dari pukul 4.30 pagi sampai emak Kekman bangun dari tidur. Bila emak bangun, terus minta dekat emak bawakan Kekman ke klinik, tapi emak suggest untuk terus ke Hospital.

7.30 AM - Mujur beg-beg yang nak dibawa ke hospital dah siap pack sejak dari minggu ke 32 pregnancy. Beg baby dan beg kekman dimasukkan ke dalam kereta dan kami terus ke Hospital Selayang.

8.15 AM - Kekman dan parents sampai di Hospital Selayang. Kekman dan emak terus ke Wad Bersalin. Niat sebenarnya nak jumpa doktor, nak minta ubat kurangkan sakit. Tak terfikir pun sakit-sakit tu tanda bersalin. Bila dah sampai di Wad bersalin, nurse interview sikit, Kekman pun cerita la sakit apa, terus di bawa ke bilik saringan dimana CTG dijalankan untuk track degupan jantung babies dan kadar contraction.

9.15 AM - Hasil daripada CTG yang dijalankan menunjukkan degupan jantung babies dalam keadaan sedikit laju, tanda-tanda fetal distress. Tambahan pula, ada bacaan contraction yang berterusan dan konsisten. Sejujurnya, Kekman tak perasan pun contraction sebab Kekman selalu kena Braxton Hicks, jadi tak dapat nak bezakan sakit dada yang dialami dengan contraction. Selepas beberapa minit CTG dijalankan, seorang doktor pakar datang berjumpa Kekman.

"Macam ni Puan, Puan sedia maklumkan yang kandungan kembar ada risiko kelahiran pramatang, lagipun harini genap 36 minggu kandungan Puan kan?"

Kekman angguk

"Hasil CTG pun ada reading contraction yang konsisten dan berdasarkan appointment yang lepas, posisi bayi Puan dalam keadaan sonsang. Jadi saya suggest, kita scan, tengok posisi dan saiz bayi puan. Kalau saiz ok dan posisi masih sonsang, kita operate terus harini"

Tanpa berlengah, ultrasound scan terus dijalankan untuk check saiz dan posisi bayi. Berat bayi masing-masing dianggarkan 2.2kg dan 2.3kg. Posisi baby A melintang dan baby B menyonsang. Untuk memastikan yang Kekman betul-betul in labor, doktor seluk untuk check sekiranya ada bukaan dan ternyata, ada bukaan 1cm bermaksud yang Kekman dalam early labor.

Maka, doktor pakar tadi beri kata putus untuk terus operate Kekman. Nurse terus minta Kekman tukar baju dan bersedia untuk menjalani operation. Kekman tanpa lengah terus jumpa emak dan abah, maklumkan pada mereka yang Kekman kena operate. Kekman terus call BangJol dan bagitahu dia yang Kekman in labor and schedule for operation pagi tu. Emak dengan Abah pulak terus contact family mertua dan family members yang lain untuk bagitahu pasal operation Kekman.




12.30 PM - Masa doktor bagitahu Kekman yang Kekman kena operate lebih kurang pukul 10 pagi. Lepas jumpa emak abah, tukar baju semua, Kekman kena tunggu di bilik saringan sampai Operation Theater (OT) kosong. Sementara menunggu OT kosong, lebih kurang empat orang preggy mommies keluar masuk bilik saringan terus ditolak ke wad bersalin dan sementara itu juga lah Kekman terasa macam dah tak sakit je, macam nak balik je 😂

Pukul 12.30 tengahari, dua orang nurse tergesa-gesa datang dekat Kekman dan siap-siapkan Kekman untuk operation, katanya OT dah panggil sbb baru kosong. Dah siap, nurse tolak Kekman atas katil dan panggil waris. Yang ada pada masa tu Emak Kekman, BangJol tengah drive sepantas kilat dari Kedah ke KL. Sempat salam dan senyum-senyum kambing dekat Emak sebelum masuk ke ruangan OT.

Masuk kawasan OT, Kekman diterangkan tentang bius, tentang cara bius, kawasan bius dan risiko. Lepas tu datang lagi seorang nurse untuk terangkan tentang kehilangan darah, ganti darah dari bank darah dan risiko masuk darah. Lepas dengar kedua dua explanation dan tanda tangan beberapa borang, Kekman ditolak masuk ke dalam OT.

Jam dalam OT menunjukkan jam 12.50 tengah hari, pakar bius dah ready nak suntik bius. Kekman diminta untuk duduk tegak, peluk selimut yang dilipat tebal dan maintain tegak dari awal prosedur bius sampai selesai. Time jarum mula-mula sentuh tulang belakang, Kekman terbend ke depan badan. Marah pakar bius dengan nurse yang membantu, bahaya katanya, boleh mengakibatkan kecederaan kritikal. Kekman minta maaf dan sekali lagi pakar bius mulakan prosedur, mujur kali ini Kekman berjaya tahan.

Lebih kurang 5 minit selepas selesai prosedur bius, bius dah mula efektif, Kekman rasa kebas dari bahagian pinggang ke bawah. Selepas memastikan bius dah mula efektif, team bedah terus membuat persiapan untuk memulakan operation.

Start operation, ada seorang nurse berborak dengan Kekman nonstop. Kekman rasa dia berborak tu untuk make sure Kekman kekal sedar and dalam keadaan ok.


"Bila dapat tahu mengandung kembar puan?"

"Family ada sejarah kembar ke?"

"Dah tahu gender babies?"

Antara soalan-soalan yang ditanya, Kekman pun balas dengan riang dan selamba badaknya. Tengah-tengah borak tiba-tiba dengar bunyi macam straw kena sedut, slurpppp slurpppp. Nurse kata itu bunyi air ketuban kena sedut. Tak lama lepas tu dengar suara bayi pertama menangis. "Ok puan, baby dah keluar ye", kata Nurse tadi. Tengah mengamati tangisan baby pertama tadi tiba-tiba dengar suara baby macam berdouble. "Ehhh baby kedua dah keluar ke?", Kekman tanya Nurse tu. "Dah puan, sekejap je, tak boleh lama-lama".

Datang seorang Nurse menghampiri, "Puan, ni baby kedua puan, baby girl, puan tengok betul-betul ye", kata Nurse sambil memegang seorang bayi perempuan, kecil je. "Cium baby puan, biar dia rasa panas badan mak dia", Kekman pun terus cium baby. Lepas jumpa Baby kedua, Kekman tunggu juga bila nurse nak bawa Baby pertama, tapi tak sampai-sampai juga.


"Nurse, baby pertama saya mana?"


"Maaf puan, baby pertama Puan beratnya ringan, kami terus bawa ke NICU ye. Puan jangan risau, baby ok"

Usai bayi-bayi dikeluarkan sekarang proses menutup semula kawasan yang telah dibedah. Time ni Kekman dah start pening, rasa degupan jantung sangat laju dan Kekman rasa macam nak pitam. Bila monitor jantung semakin naik, nurse terus tanya Kekman ok ke tak, Kekman jawab ok je walaupun risau kenapa tiba-tiba rasa tak selesa.

Kerja-kerja akhir pembedahan diselesaikan dan Kekman terus dibawa ke bilik saringan OT atau MOT. Disini Kekman ditahan lebih kurang empat jam sebab tekanan darah tinggi dan lambat turun walaupun dah diberi ubat. Lepas seorang seorang doktor datang jenguk keadaan Kekman dan check rekod bacaan tekanan darah, takut-takut ada masalah lain yang mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Kekman pulak berkeras yang tekanan darah Kekman tinggi sebab Kekman tak cukup tidur, akibat berjaga dari jam 4.30 pagi. Kekman memang rasa pening, mengantuk dan sejuk sangat time tu. Kekman siap minta dekat nurse nak tidur tapi tak boleh tidur sebab mengigil teruk. Lepas beberapa argument oleh lebih dari tiga orang doktor akhirnya Kekman direlease ke Wad dengan pemantauan.

Pukul 5.00 PM, Kekman tiba di Wad 5A dengan Baby kedua. Alhamdulillah, BangJol pun ada disisi saat Nurse tolak keluar OT nak ke Wad. Baby kedua diletakkan dengan Kekman, baby cot diletakkan betul-betul sebelah katil Kekman. Dengan berat 2.35kg, dia tampak kecil berbanding Baby fullterm.



Selepas beberapa minit, datang seorang Nurse dari NICU. Dia maklumkan baby pertama ada di NICU dan Kekman boleh melawat dari 10 pagi sampai 10 malam. 

Alhamdulillah, proses bersalin berjalan lancar, selamat dan dipermudahkan Allah S.W.T. Selepas beberapa jam, kesan bius beransur dan Kekman dah boleh duduk dan berjalan seperti biasa. Ada sedikit ngilu tapi tak lah terlalu sakit jika dibandingkan dengan orang lain. Bagi Kekman, Allah kurangkan rasa sakit dan mudahkan proses bersalin sebab Kekman banyak merasa sakit ketika dari mengandung lagi dan kemudahan itu Allah kurniakan sebab Kekman kena jaga dua bayi amanah Allah. Alhamdulillah, syukur semuanya mudah dan lancar.

Haaaa panjangkan cerita pengalaman bersalin Kekman. Selepas 3 hari Kekman duduk di Wad 5A Hospital Selayang, Kekman dibenarkan balik dengan Baby kedua. Baby pertama? Bersambung kisahnya dipost  akan datang 💕