Sunday, December 24, 2017

Pengalaman Bersalin Nia!

Even from the beginning of my pregnancy, the nurses and the doctors love to keep reminding the risk of premature in twin pregnancy. But never have I ever thought that it would be the case for me.

Isnin, 30 Oktober 2017

The previous week was a bit hectic. BangJol tak sihat, dengan keadaan sarat - Almaklumlah dan 35 minggu mengandung kembar pulak - sibuk menguruskan suami keluar masuk klinik dan hospital. Petang Isnin tu dah mula rasa sakit-sakit di bahagian rusuk. Kekman mengadu pada emak, emak yakinkan kekman mungkin sakit tu sebab angin. Oleh kerana kekman mampu menahan sakit tu, Kekman pun buat tak endah je la.


Selasa, 31 Oktober 2017

Sakit dibahagian rusuk merebak ke belakang badan dari pinggang sehingga ke bahu. Rasa sakit semakin bertambah sampai kekman sukar nak bernafas. Kesakitan bertambah bila berbaring, akibatnya kekman tak boleh nak tidur. Kali ni emak Kekman mencadangkan untuk terus ke klinik, risau dengan keadaan kekman. Tapi Kekman gagah menahan sakit dan paksa untuk tidur walau dalam keadaan duduk sekalipun.

Dalam keadaan menahan sakit dan tak selesa, malam tu tidur pun tak lene. Tidur sekejap, terjaga sekejap. Sibuk ubah posisi tidur supaya boleh tidur dengan selesa.

Rabu, 1 November 2017

4.30 AM - Dah tak larat nak ubah posisi tidur, sakit pun dah tak tertahan. Kekman keluar dari bilik dan terus duduk di sofa ruang tamu. Berjaga dari pukul 4.30 pagi sampai emak Kekman bangun dari tidur. Bila emak bangun, terus minta dekat emak bawakan Kekman ke klinik, tapi emak suggest untuk terus ke Hospital.

7.30 AM - Mujur beg-beg yang nak dibawa ke hospital dah siap pack sejak dari minggu ke 32 pregnancy. Beg baby dan beg kekman dimasukkan ke dalam kereta dan kami terus ke Hospital Selayang.

8.15 AM - Kekman dan parents sampai di Hospital Selayang. Kekman dan emak terus ke Wad Bersalin. Niat sebenarnya nak jumpa doktor, nak minta ubat kurangkan sakit. Tak terfikir pun sakit-sakit tu tanda bersalin. Bila dah sampai di Wad bersalin, nurse interview sikit, Kekman pun cerita la sakit apa, terus di bawa ke bilik saringan dimana CTG dijalankan untuk track degupan jantung babies dan kadar contraction.

9.15 AM - Hasil daripada CTG yang dijalankan menunjukkan degupan jantung babies dalam keadaan sedikit laju, tanda-tanda fetal distress. Tambahan pula, ada bacaan contraction yang berterusan dan konsisten. Sejujurnya, Kekman tak perasan pun contraction sebab Kekman selalu kena Braxton Hicks, jadi tak dapat nak bezakan sakit dada yang dialami dengan contraction. Selepas beberapa minit CTG dijalankan, seorang doktor pakar datang berjumpa Kekman.

"Macam ni Puan, Puan sedia maklumkan yang kandungan kembar ada risiko kelahiran pramatang, lagipun harini genap 36 minggu kandungan Puan kan?"

Kekman angguk

"Hasil CTG pun ada reading contraction yang konsisten dan berdasarkan appointment yang lepas, posisi bayi Puan dalam keadaan sonsang. Jadi saya suggest, kita scan, tengok posisi dan saiz bayi puan. Kalau saiz ok dan posisi masih sonsang, kita operate terus harini"

Tanpa berlengah, ultrasound scan terus dijalankan untuk check saiz dan posisi bayi. Berat bayi masing-masing dianggarkan 2.2kg dan 2.3kg. Posisi baby A melintang dan baby B menyonsang. Untuk memastikan yang Kekman betul-betul in labor, doktor seluk untuk check sekiranya ada bukaan dan ternyata, ada bukaan 1cm bermaksud yang Kekman dalam early labor.

Maka, doktor pakar tadi beri kata putus untuk terus operate Kekman. Nurse terus minta Kekman tukar baju dan bersedia untuk menjalani operation. Kekman tanpa lengah terus jumpa emak dan abah, maklumkan pada mereka yang Kekman kena operate. Kekman terus call BangJol dan bagitahu dia yang Kekman in labor and schedule for operation pagi tu. Emak dengan Abah pulak terus contact family mertua dan family members yang lain untuk bagitahu pasal operation Kekman.




12.30 PM - Masa doktor bagitahu Kekman yang Kekman kena operate lebih kurang pukul 10 pagi. Lepas jumpa emak abah, tukar baju semua, Kekman kena tunggu di bilik saringan sampai Operation Theater (OT) kosong. Sementara menunggu OT kosong, lebih kurang empat orang preggy mommies keluar masuk bilik saringan terus ditolak ke wad bersalin dan sementara itu juga lah Kekman terasa macam dah tak sakit je, macam nak balik je 😂

Pukul 12.30 tengahari, dua orang nurse tergesa-gesa datang dekat Kekman dan siap-siapkan Kekman untuk operation, katanya OT dah panggil sbb baru kosong. Dah siap, nurse tolak Kekman atas katil dan panggil waris. Yang ada pada masa tu Emak Kekman, BangJol tengah drive sepantas kilat dari Kedah ke KL. Sempat salam dan senyum-senyum kambing dekat Emak sebelum masuk ke ruangan OT.

Masuk kawasan OT, Kekman diterangkan tentang bius, tentang cara bius, kawasan bius dan risiko. Lepas tu datang lagi seorang nurse untuk terangkan tentang kehilangan darah, ganti darah dari bank darah dan risiko masuk darah. Lepas dengar kedua dua explanation dan tanda tangan beberapa borang, Kekman ditolak masuk ke dalam OT.

Jam dalam OT menunjukkan jam 12.50 tengah hari, pakar bius dah ready nak suntik bius. Kekman diminta untuk duduk tegak, peluk selimut yang dilipat tebal dan maintain tegak dari awal prosedur bius sampai selesai. Time jarum mula-mula sentuh tulang belakang, Kekman terbend ke depan badan. Marah pakar bius dengan nurse yang membantu, bahaya katanya, boleh mengakibatkan kecederaan kritikal. Kekman minta maaf dan sekali lagi pakar bius mulakan prosedur, mujur kali ini Kekman berjaya tahan.

Lebih kurang 5 minit selepas selesai prosedur bius, bius dah mula efektif, Kekman rasa kebas dari bahagian pinggang ke bawah. Selepas memastikan bius dah mula efektif, team bedah terus membuat persiapan untuk memulakan operation.

Start operation, ada seorang nurse berborak dengan Kekman nonstop. Kekman rasa dia berborak tu untuk make sure Kekman kekal sedar and dalam keadaan ok.


"Bila dapat tahu mengandung kembar puan?"

"Family ada sejarah kembar ke?"

"Dah tahu gender babies?"

Antara soalan-soalan yang ditanya, Kekman pun balas dengan riang dan selamba badaknya. Tengah-tengah borak tiba-tiba dengar bunyi macam straw kena sedut, slurpppp slurpppp. Nurse kata itu bunyi air ketuban kena sedut. Tak lama lepas tu dengar suara bayi pertama menangis. "Ok puan, baby dah keluar ye", kata Nurse tadi. Tengah mengamati tangisan baby pertama tadi tiba-tiba dengar suara baby macam berdouble. "Ehhh baby kedua dah keluar ke?", Kekman tanya Nurse tu. "Dah puan, sekejap je, tak boleh lama-lama".

Datang seorang Nurse menghampiri, "Puan, ni baby kedua puan, baby girl, puan tengok betul-betul ye", kata Nurse sambil memegang seorang bayi perempuan, kecil je. "Cium baby puan, biar dia rasa panas badan mak dia", Kekman pun terus cium baby. Lepas jumpa Baby kedua, Kekman tunggu juga bila nurse nak bawa Baby pertama, tapi tak sampai-sampai juga.


"Nurse, baby pertama saya mana?"


"Maaf puan, baby pertama Puan beratnya ringan, kami terus bawa ke NICU ye. Puan jangan risau, baby ok"

Usai bayi-bayi dikeluarkan sekarang proses menutup semula kawasan yang telah dibedah. Time ni Kekman dah start pening, rasa degupan jantung sangat laju dan Kekman rasa macam nak pitam. Bila monitor jantung semakin naik, nurse terus tanya Kekman ok ke tak, Kekman jawab ok je walaupun risau kenapa tiba-tiba rasa tak selesa.

Kerja-kerja akhir pembedahan diselesaikan dan Kekman terus dibawa ke bilik saringan OT atau MOT. Disini Kekman ditahan lebih kurang empat jam sebab tekanan darah tinggi dan lambat turun walaupun dah diberi ubat. Lepas seorang seorang doktor datang jenguk keadaan Kekman dan check rekod bacaan tekanan darah, takut-takut ada masalah lain yang mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Kekman pulak berkeras yang tekanan darah Kekman tinggi sebab Kekman tak cukup tidur, akibat berjaga dari jam 4.30 pagi. Kekman memang rasa pening, mengantuk dan sejuk sangat time tu. Kekman siap minta dekat nurse nak tidur tapi tak boleh tidur sebab mengigil teruk. Lepas beberapa argument oleh lebih dari tiga orang doktor akhirnya Kekman direlease ke Wad dengan pemantauan.

Pukul 5.00 PM, Kekman tiba di Wad 5A dengan Baby kedua. Alhamdulillah, BangJol pun ada disisi saat Nurse tolak keluar OT nak ke Wad. Baby kedua diletakkan dengan Kekman, baby cot diletakkan betul-betul sebelah katil Kekman. Dengan berat 2.35kg, dia tampak kecil berbanding Baby fullterm.



Selepas beberapa minit, datang seorang Nurse dari NICU. Dia maklumkan baby pertama ada di NICU dan Kekman boleh melawat dari 10 pagi sampai 10 malam. 

Alhamdulillah, proses bersalin berjalan lancar, selamat dan dipermudahkan Allah S.W.T. Selepas beberapa jam, kesan bius beransur dan Kekman dah boleh duduk dan berjalan seperti biasa. Ada sedikit ngilu tapi tak lah terlalu sakit jika dibandingkan dengan orang lain. Bagi Kekman, Allah kurangkan rasa sakit dan mudahkan proses bersalin sebab Kekman banyak merasa sakit ketika dari mengandung lagi dan kemudahan itu Allah kurniakan sebab Kekman kena jaga dua bayi amanah Allah. Alhamdulillah, syukur semuanya mudah dan lancar.

Haaaa panjangkan cerita pengalaman bersalin Kekman. Selepas 3 hari Kekman duduk di Wad 5A Hospital Selayang, Kekman dibenarkan balik dengan Baby kedua. Baby pertama? Bersambung kisahnya dipost  akan datang 💕

Tuesday, October 10, 2017

2nd Trimester Happiness - The Growing Babies Bump


Remember back then when I said I had gone through anxiety during my first trimester, it all ease up when my babies bump start to show. Alhamdulillah. Perasaan cemas dan risau perlahan-lahan hilang bermula dari minggu ke 16 kandungan, boleh dikatakan hampir setiap minggu ukur lilit perut akan bertambah seinchi.

This is when new things come along.

1. No more Sickness! and Hello Foods!

Alhamdulillah, Kekman dah tak suffer sickness lagi and selera makan pun dah bertambah. Simptom macam penat dan mengantuk masih ada, cuma Kekman dah tak muntah-muntah dah. Kekman lebih berselera untuk makan dan dah mula teringinkan certain foods - Kekman tak consider it to be cravings, hehe.

Kebetulan pulak, masuk bulan kelima pregnancy is during Raya Aidilfitri, Kekman berjaya menambah semula berat badan yang hilang masa first trimester haritu iaitu sebanyak 8 Kg.

2. Body Changes and Aches!

Since this is my first pregnancy, badan Kekman mula sakit-sakit dengan kedatangan babies bump. Kekman ni body build tak besar, sejenis gadis yang tinggi dan kurus. Bila babies bump mula membesar, badan pun terpaksa adjust untuk menampung berat perut. In the fifth month of pregnancy, Kekman suffer hip joint pain - Kekman tak boleh berjalan, nak angkat kaki pun sakit, tapi terpaksa menggagahkan diri jalan perlahan-lahan. Mujur by this time dah tak kerja and rest kat rumah je.

Here's a tip, untuk melegakan sakit dekat bahagian kelengkang or pelvic, sapukan minyak panas dibahagian dalam peha, tak perlu urut melampau, just sapu and lurut bahagian dalam peha untuk mengurangkan ketegangan urat. InshaAllah berkesan 👍

Another thing is Acid Reflux! Dah syok-syok dapat makan, masalah acid reflux pulak sebab babies semakin membesar and menekan kantung makanan yakni perut la. Tapi jangan risau, for mommies yang suffer acid reflux ni, Kekman ada satu solution iaitu minumlah Gaviscon! Jangan risau, gaviscon takkan membahayakan babies ataupun ibu yang mengandung. Ianya memberikan kelegaan segera sekiranya acid reflux menyerang.

3. Growing Baby Bump!

One thing yang Kekman tak habis-habis sebut dari tadi, babies bump! Ni lah yang menjadi kebanggaan dan kegembiraan ibu-ibu hamil, apabila baby dah mula menunjukkan penampakan di abdomen ibunya.

Baby bump ni bergantung pada orang, ada orang yang first time mengandung tak nampak pun baby bump dia and selalu menjadi isu sensitif bila orang lain tengok perut and kata 'Laaa kecilnya perut!'. Again Kekman remind, dia bergantung pada orang, ada orang yang Kekman kenal, dia first time mengandung, tapi punyalah besar perut sampai orang kata dia mengandung kembar.

Sebab lain orang lain jenis kulitnya, ada yang kulit perut tebal, so bila preggy lagi la nampak perut dia, ada orang pulak kulit perutnya nipis. Rezeki Kekman, walaupun first time preggy tapi babies bump ni Kekman consider besar walaupun ada je orang tegur 'Keciknya! Betul ke preggy twin ni?'.

Tapi satu Kekman nak pesan, as soon as perut dah mula membesar cepat-cepat amalkan sapu minyak untuk elakkan stretch marks yang kritikal. Kekman prefer untuk sapu minyak - Kekman guna minyak kelapa dara - insteas of lotion sebab Kekman rasa tekstur minyak lebih menyerap ke dalam kulit dan lebih melembabkan berbanding dengan losyen. Minyak lebih bersifat tahan lama dan akan membantu mengurangkan rekahan di kulit perut. Rajin-rajinkan diri untuk sapu dua kali sehari atau lebih bila perut semakin membesar ye.

Kita jangan serabut otak mommies! Perut kita kalau besar pun, kita yang nak kene kelek kehulu kehilir, haaaa larat ke? Yang penting go with the flow, nak besar ke nak kecil ke ikut la keselesaan baby awak tu, depa yang berumah disitu, janji mereka membesar dengan sihat kan dah cukup untuk kita :)

Kekman faham, mommies ni kadang-kadang tak kisah pun orang nak cakap apa, tapi preggy ni emosi kurang stabil, benda yang remeh pun boleh jadi terasa dekat hati kan? Hehe. Takpe, kalau geram or rasa marah, marah kat suami, dia yang buat kita macam ni kan? Hahaha 😅

Ada lagi ke kegembiraan second trimester yang Kekman terlepas pandang. Let me know in the comment section down below!

Love,
Nia

Nursing Pillow - #niadoesitherself

Through many readings I found that Nursing Pillow is one of the must have items for new mommies especially for mommies with twins because it will be such a big help in breastfeeding your babies simultaneously.

Memandangkan dekat rumah ada mesin jahit, so I thought
Why not make my own Nursing Pillow?

SO I DID!

Here's a tutorial on Nursing Pillow #niadoesitherself

Material yang diperlukan

1. Kain Cotton Putih 1 meter

2. Kekabu (1Kg) / Poly Fiber Filling (1.5~2 Kg)

3. Keperluan menjahit
4. Gunting dan Pita Pelekat


First of all, untuk mudahkan proses memotong kain, anda boleh download Pattern Nursing Pillow ni di madebymarzipan.com <-- ---="" font="" je="" klik="" link="" nbsp="" ni.="" sini.="">Once dah download boleh terus print.

Ni pattern Kekman dah print, sediakan gunting dan pita pelekat ye.
Next, potong pattern mengikut outline dan cantumkan mengikut turutan A,B,C,D macam Kekman buat dalam gambar dibawah.



Okay, once settled dengan pattern boleh terus move ke next process which is potong kain. Okay, untuk kain 1 meter ni, kene lipat 4 supaya boleh sekali potong untuk bahagian depan and belakang pillow ni.

Make sure bahagian B atau Curve berada di lipatan kain. Bukan di kawasan yang terbuka ye, contohi gambar di bawah.


Kekman decided untuk buat sedikit lebar compare to pattern. Ni ikut pilihan masing-masing, boleh nak ikut sebijik pattern, tapi Kekman lebihkan lebih kurang 3 inchi di kawasan curve A dan B untuk tambah kelebaran. Selesai potong kain, akan dapat hasil macam dalam gambar di bawah.

Setelah selesai kain dipotong mengikut pattern

Bila dibuka pada lipatan, kita akan dapat full pattern Nursing Pillow :)
Dah siap satu proses, iaitu proses memotong kain. Boleh kita teruskan dengan proses menjahit pulak. Untuk jahit pillow ni, hanya perlu jahit 1/2 inchi dari tepi kain. Jahit straight je, cuma jangan lupa untuk tinggalkan sedikit ruangan dibahagian atas bantal untuk masukkan filling nanti. Boleh rujuk gambar dibawah.



Haaaa, selesai proses kedua iaitu menjahit. Sekali lagi diingatkan, jangan lupa tinggalkan ruangan untuk masukkan filling ye. Kalau tak nanti kene buka balik jahitan. Hahaha.

Lepas tu, gunting bahagian luar jahitan. Gunting sikit dan jarak-jarak. Fungsi menggunting ni adalah untuk memastikan bila dah diterbalikkan ke luar dalam, dekat bahagian curve kemas. Boleh rujuk gambar dibawah.


Gunting bahagian luar jahitan, jangan dekat sangat dengan jahitan nanti bantal senang bocor bila dan masukkan Filling

Dah siap potong, terbalikkan keluar dalam kain ni melalui lubang yang disediakan tadi
Jadilah macam ni. Ready untuk di masukkan fillingnya.
Proses seterusnya akan jadi sedikit messy, diingatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung especially untuk mereka yang ada masalah pernafasan macam semput, sebab proses seterusnya ialah proses memasukkan filling - kekabu atau polyfiber - ke dalam kain yang dah siap berjahit ni.


Masukkan fillings melalui lubang yang telah disediakan tadi
Kekman pilih untuk menggunakan filling kekabu instead of polyfiber. Masukkan padat-padat tau!
Sampai lah jadi gemok macam ni :)
Bila dah siap masukkan fillings sampai gemok gemok bantal ni. Boleh lah terus jahit lubang tadi and bersihkan kekabu-kekabu yang melekat dekat bantal ni tadi.



Haaaa! Inilah rupanya bila dah siap!
Ini pulak rupa dia bila dah disarungkan cover :D
It's your choice! Sama ada anda nak buat bantal menggunakan kain putih atau kain berprinted terus. Tapi Kekman prefer untuk buat cover, kalau guna kain printed pun boleh je sarungkan cover kemudian. Bukan apa, nanti mudah nak basuh cover incase terkotor kan?

So what do you think? Mudah je nak buat Nursing Pillow ni kalau dah ada barang-barang keperluannya. Kalau nak ada apa-apa persoalan atau penambahbaikkan tinggalkan diruangan komen. #niadoesitherself #

Love,
Nia 

Tuesday, September 12, 2017

1st Trimester facts for Twin Pregnancy

If you don't know, this is my first time being pregnant. And I got really lucky to be carrying twins. So you should know that Kekman tak pernah experience Singleton Pregnancy lagi. But through readings and watching videos on Youtube, I started to understand that there are few differences in being pregnant with singleton and multiples.

Sebenarnya perbezaan dia taklah terlalu banyak, cuma time 1st Trimester (Minggu 1 sehingga Minggu 13) memang apa yang dilalui bakal mommies kembar ni berbeza dengan bakal mommies singleton. Again diingatkan, this is purely based on my experience, if you find it relatable gimme a hola! Hahaha.

1. SIMPTOM ALAHAN!

MY GOD! Siapa yang mengandung tiada apa-apa alahan tolonglah bersyukur! Kekman, start tahu je pregnant sampai la Bulan ke Empat mengandung still go through alahan. Here's the thing! Carrying twins bermakna mommies can go through double symptoms! Apa yang dimaksudkan dengan double simptom? Maksudnya simptom alahan yang dialami boleh jadi dua kali ganda!

First kita kena faham, alahan terjadi disebabkan daripada hormon tambahan yang diproduce ketika kita mengandung. Hormon tersebut ialah HCG, boleh google sendiri untuk tahu lebih lanjut. Tapi ni la hormon yang menyebabkan alahan kepada mommies ketika preggy. Jadi kita faham in producing a baby, hormon ni pun turut dihasilkan. The same thing in producing two babies, so hormon yang dihasilkan mengikut kadar bayi dalam kandungan.

So! Bila baby berganda, hormon berganda, alahan juga berganda. Twin mommies boleh experience alahan dua kali ganda, alahan lebih awal dan alahan lebih lama dari mommies singleton yang lain. Macam kekman, kekman experience nausea atau muntah-muntah setiap kali selepas makan. Ada orang yang jenis muntah disebelah pagi sahaja, tapi kekman setiap kali selepas makan! Akibatnya saya kehilangan berat badan melampau ketika dalam trimester pertama dan Haemoglobin count berkurang dengan mendadak.

Kekman go through fatigue - penat yang teramat sangat, sampai letak kepala je tertidur, letak kepala je tertidur, migraine - padahal sebelum mengandung tak pernah kena migraine, dan hot flash - badan rasa panas je. Alahan ibu yang mengandung twin ni boleh jadi lebih banyak dari singleton preggy mommies.

2. HIGH RISK PREGNANCY!

The moment the doctor discover you pregnant multiple, mereka akan terus classify you in High Risk Pregnancy Class. Especially for first time pregnant mommies. Mommies yang mengandung multiple akan ada higher chance for GDM atau Diabetes ketika mengandung and High Blood Pressure. Even kalau mommies google, semua penyakit or risiko ketika mengandung mesti melibatkan Multiple Pregnancy. Things like higher risk for keguguran, premature birth, preeclampsia dan banyak lagi. For every penyakit ketika mengandung, yang most likely berisiko untuk menghidapinya mesti Mommies Multiples. 

3. MORE APPOINTMENTS!

Almaklumlah, bila dah diklasifikasikan sebagai High Risk Pregnancy, mommies multiples akan diberikan perhatian and layanan extra. Maksudnya, more appointments for mommies multiples! Macam Kekman, the moment Doktor di Klinik Kesihatan identify je ada dua kantung, terus tanya nak refer Hospital mana. Start from that moment on, I have two places to attend to for appointments - Sebulan sekali kena refer Klinik Kesihatan and ObGyn Specialists di Hospital Selayang.

Kenapa perlu refer Hospital? Kerana multiple babies' growth harus di monitor secara kerap. Every six weeks (in First and Second Trimester) mommies perlu go through Ultrasound Scan untuk monitor the growth of the babies. Perkara seperti Saiz Kepala, Saiz Badan, dan Berat bayi perlu di  ambil kira pada setiap kali temujanji bagi memastikan kesihatan bayi-bayi dan tumbesaran bayi-bayi adalah Normal dan Sihat.

Kekman pernah ada sehingga 7 appointment dalam satu bulan pada usia 4 bulan kehamilan sebab keadaan kesihatan Kekman agak membimbangkan dan Kekman diminta untuk hadir check-ups bagi memastikan keadaan babies tidak terjejas.

4. MENTAL DISTRESS!

Pregnant ladies are most common with the ideology of being emotional due to the excessive amount of Hormones in their system. But that does not mean someone can just simply neglect it.

The fact that Multiples Mommies are classified in High Risk Pregnancy and will be having two or more babies at one time can sometimes give worrying ideas to mommies. Dari sekecil kecil perkara seperti, 

"Cukup ke Nutrien yang sampai dekat bayi bayi dalam kandungan ni?"

sehinggalah ke perkara yang lebih besar seperti

"Mampu ke nak menyara or mengasuh dua babies dalam satu masa?"


Mommies will have the tendency to overthink and finally leading to mental distress like Anxiety, Stress or Depression. Disebabkan oleh kerisauan yang berterusan.

Kekman pun struggle dalam bab ni. Sepanjang-panjang first trimester, Kekman keep on worrying for the condition of the babies. Disebabkan alahan, Kekman selalu takde selera makan and risau babies tak cukup nutrien and tak dapat membesar dengan baik. Then Kekman di diagnosed Anemia pulak, kurang darah merah, risau babies tak dapat bekalan oksigen and lemas dalam perut. Kemudian di omok-omokkan pulak dengan risiko keguguran lebih tinggi bagi multiple pregnancy, bertambah-tambah kerisauan.

But thing will ease eventually, bila kandungan mencecah usia lima bulan and dah start ada babies bump, kerisauan tu akan mula pudar and you will be happier with your pregnancy.

So do not worry, this will only last in your First Trimester (hopefully) 😉

Thursday, August 3, 2017

More Surprises - reaksi bapak si Kembar

After the scanning has been done at the local Klinik Kesihatan, doktor Klinik Kesihatan kata untuk kes kembar kene refer pada Hospital. I chose Hospital Selayang sebab dekat dengan rumah and very familiar dengan fasiliti hospital tu. Lepas appointment dekat Klinik terus ke Hospital untuk dapatkan tarikh appointment. And dapat tarikh bersamaan dengan 14 minggu umur kandungan.

Disebabkan le husband, si BangJol, ada kelas time ni, dia hanya dapat perkhabaran through WhatsApp je la. Hahaha 

Sempat lagi tu before bagitahu dia tanya dia free ke tak, sebab takut ganggu dia dalam kelas.


I sent him the scan result I had at the Clinic and he knew right away that he's looking at two sacs.



Imagine you just find out that your wife got pregnant and you are having a baby by the end of the year and now suddenly finding out that your wife is pregnant with twins and you'll be having not one but two babies at one time! I just can't imagine his reaction!

He felt really bad for not being able to be there when I found out about the babies and wanted to be at the next appointment. However, the appoinment is going to be on a Wednesday, with class and activities on that weekend, he knew he won't be able to join this time around too.

Days went on and I got really excited for the appointment. Mau tak excited, dapat scan untuk tengok babies lagi kot. Hari selasa, sehari sebelum appointment dalam pukul 9 pm, Kekman tengah rehat-rehat dekat ruang tamu tengok tv, tiba-tiba ada orang bagi Salam. Rupa-rupanya BangJol balik nak ikut sekali pergi appointment. Terkejut Kekman! Dia boleh buat surprise pulak balik KL tak bagitahu! Hahaha.

So the next day, pagi around 7.30 am dah gerak ke Hospital Selayang. Usai daftar dekat kaunter pendaftaran, kene pergi tunggu giliran dekat kaunter ObGyn (Obstetrics and Gynecology) pulak. Dalam pukul 12 pm, giliran kami tiba. Terus masuk dalam bilik doktor and terus baring atas scan bench tu.

BangJol berdiri dibelakang doktor and tekun perhatikan screen scanner tu. The moment doktor scan terus nampak dua babies dlm perut Kekman. At 14 Weeks, kita dah boleh nampak janin dengan jelas. And time tu baby sangat aktif, so BangJol pun nampak lah babies dia dok melambai-lambai tangan and menendang-nendang. Settle scan, doktor pun bagi another date untuk next appointment. Twin pregnancy memerlukan pemantauan secara kerap melalui ultrasound dilakukan untuk monitor growth babies.

Balik dari appointment tu, BangJol tak berhenti-henti dok cite dia nampak kaki and tangan babies and macam mana babies aktif bergerak. Sibuk dia cerita dekat ibu dia dengan emak Kekman. Seronok sangat agaknya dapat tengok babies for the first time 😍 #husbandsreaction #bangjolandhistwins #14weekspregnant

Sunday, July 30, 2017

Surprise Surprise - #10weekspregnant

Orang kata, nak tengok macam mana alahan kita time mengandung, tanya dekat emak kita, sebab orang kata kita mengikut emak kita. I however had to disagree. Mungkin ada orang yang sama macam emak dia, masa emak dia mengandung takde alahan, dia pun ikut sama takde alahan apa-apa. For me, throughout the whole pregnancy I will refer to my mom's experiences for anything that was going on. But mom keep on proving that a lot of my pregnancy symptoms are indeed different than hers.

I had morning sickness at the earliest stage of pregnancy and she will be like, "Emak dulu takde muntah-muntah pun time awal-awal mengandung, dah nak masuk bulan ketiga baru la ada loya-loya, tu pun sikit je".

To make it worse, my sickness didn't only happen in the morning, it happens at night too. "Apesal kerap sangat muntah-muntah ni, makan sikit, muntah lebih, bahaya macam ni Iman", emak would say.

Saya ada juga mengalami keputihan seawal minggu ke 7 kehamilan, emak pun pelik. "Awal sangat nak keputihan pun, ish lain sangat simptom mengandung kau ni", kata emak dengan hairan.

To hear mom utters those words and to say that my symptoms are different from hers made me worried a bit. But as my 10 weeks appointment is approaching I thought maybe later I'll ask to the doctor regarding these symptoms. Tak lama lepas tu, tarikh appointment di Klinik Kesihatan pun tiba. Appointment kali ni, Emak temankan saya sebab rasa lemah sangat.

Macam biasa, datang pagi-pagi, ambil nombor dan tunggu giliran. Pertama sekali timbang berat, malangnya oleh kerana alahan yang teruk, I lost 8 Kg within 5 weeks, from 60kg to 52kg. It had me worried. Next, I went to do the blood test and my Hb Reading is nice, 12.0. Misi Salmi pun start her interrogation, kenapa banyak sangat hilang berat? Kerap ke muntah? Etc. But she did mention, at early stage kebanyakkan ibu akan kehilangan berat sebab alahan. So right after that I get to meet the doctor. There's so many questions I want to ask.

The moment I stepped into the doctor's room, she looked at me and asked me to lay on the scan bench instantly. Takpe sekejap lagi after scan boleh tanya doktor macam-macam. So the doctor came, selak baju and start the scanning. To our surprise, as soon as the ultrasound reach my belly, terus nampak dekat screen dua kantung!

"EH! Kembar ni!", kata doktor. Terus terbuntang biji mata. "Kejap, kita tengok betul-betul", terus doktor sambung scan. Ternyata, bila buat color filter memang nampak jelas dua degupan jantung halus dari dua janin dalam perut saya.

"Okay, it's official, you're carrying twins!", kata doktor. Perasaan time tu, rasa macam nak menangis syukur, tapi control macho. Hahaha. Terus minta kebenaran doktor nak bawa masuk emak tengok sekali scan tu. Alhamdulillah, the doctor allowed. So Emak masuk and we did the scan again, emak pun terkejut! Rasa macam nak menangis, Allah je yang tahu macam mana happynya perasaan time tu.

"So tak pelik la kenapa awak lost banyak sangat berat and kenapa awak kerap sangat muntah, sebab bila ada dua baby, maksudnya hormon pun dua kali ganda. You are also going through double symptoms, orang lain muntah sekali, you muntah dua kali. Also sebab you pregnant twin, kene buat regular check up dekat hospital terus okay?", explained the doctor.

I was so happy knowing that I am carrying twins, I literally forget for a moment that I will be having two babies simultaneously in future. Wow 😳 #10weekspregnant #twinpregnancy #agoodsurpriseindeed
(Source: Google Image)

Thursday, July 27, 2017

#NiaPregnancyTips for First-Time Mommies

Although this is my first time being pregnant and all, but I think there's no harm for me to share tips. Just to give a heads up-advance note for the first-time-future mommies and reminder for me in future too.

So here we go, here are a few tips for first-timer-to-be-mommies or Newly Weds:


TIPS NO 1!

Baru kahwin and planning on getting pregnant, tracking you period is always a good thing. Ramai among my friends yang rasa lecehnya nak track period cycle ni. Tak susah pun kak! Download je apps period tracker. Banyak je ada dekat apps market, be it for android or iOS.

Tracking your cycle is really good to identify when is your ovulation period and identifying when you are late on your period. Remember! Lain orang, lain ragamnya. Begitu juga cycle period anda. Ada orang menstrual cycle mereka tetap 28 hari, macam saya boleh extend sampai 32 hari, dan ada juga kaum hawa yang tak tetap cyclenya.

We know that for normal cycle - which is the 28 days cycle, the ovulation will take place on the 14th day (Mattes, parents.com). For those who are like me, which her cycle can go up to 32 days, you may ovulate on the 18th day (Timing it right, 2012).

Tapi ni lebih kepada konsep sahaja, bila kita betul-betul ovulate hanya body kita je yang tahu. But this concept can help you especially when you are trying to conceive. Ingat! Lebih mudah kalau kita tahu bila cycle period kita, senang nak identify if kita pregnant 😍


Banyak Apps period tracker (Source: Google Image)


TIPS NO 2!

Your period hasn't come yet? Once you've started to track your period and you know how long your cycle is, then mudah untuk anda identify bila you are late on your period. But here's a heads up! Don't get excited easily! Saya faham, you are expecting to get pregnant, lewat sehari pun dah excited! Chill! Give it a time sebelum try UPT. The best  is to wait at least a week. Tapi saya faham, siapa yang boleh tunggu kan? 😂 Tapi sabar sat ye, tunggu 5 hari pun jadilah.

Tunggu sekurang-kurangnya 5 hari sebelum ambil Ujian Kehamilan and remember to do it with the first pee in the morning. Why? Boleh refer to my previous post tentang concentration of HCG in Urine or boleh tengok video ni, https://www.youtube.com/watch?v=aOfWTscU8YM (TED-Ed, 2015).

There are many type of UPT yang dijual dekat farmasi, with many range of prices and different result display. Ada yang bahagian result tunjuk double line kalau positif, ada yang tunjuk lambang '+' kalau positif and ada jugak yang tulis 'Pregnant'. I used the ones with the double line, and when I showed Hilmi the result, he do not gets it! Hahaha 😂

(Source: Google Image)



TIPS NO 3!

Dah take the UPT test? POSITIF? Congratulations. But now what? First ask yourself, nak check up dekat Hospital Kerajaan ke Swasta? Kalau Kerajaan, pergi je ke klinik kesihatan ibu dan anak yang disediakan pihak kerajaan untuk buka buku Pink or Buku Rekod Kesihatan Ibu.

Tak payah nak confirmkan dulu ke? Ada yang terfikir nak confirmkan dekat klinik swasta, nak scan untuk kepastian. If you have the means, its really up to you. But if you are on a tight budget, no need. Because it will cost you about RM200 - RM300 dekat klinik swasta to get scanned and the chances is you will only see a tiny little seed in your womb. If you go straight to Klinik kerajaan, they will also scan you for confirmation. So no worries.

Tapi bila waktu sesuai nak pergi klinik and buka buku tu? As soon as you find out that you're pregnant ke? It is preferable for you to go open up a book at week 10 of your pregnancy, but if you go earlier pun no problem. You'll get the supplements that you need and boleh start makan secepat mungkin, supplements like Folic Acid and Vitamins are really important for your baby.


Wah banyaknya bebel 😂 I guess that's all of the tips for now, this is more to like the introduction of pregnancy guide or tips. I'll update on more tips from time to time as I continue with my pregnancy stories 😍 Kalau tips ni berguna or ada kekurangan, please do not hesitate to let me know untuk saya tambah or perbaiki. Thanks for reading.

Saturday, July 22, 2017

Accidentally - Terbuka buku Pink

Before we wanted to break the news to both of our parents, we wanted to make sure that I am really pregnant. Because we felt that the UPT test was not sufficient as proof of pregnancy.

So I turn on my detective mode and started to browse online. Read through many blogs and articles and found out that some experienced mothers would go to private clinics to get check up and confirmation on their pregnancy.

Memandangkan saya cuti on Sunday, my husband and I decided to get a check up and confirmation on that weekend, the same week I found out I am pregnant. There's this one private clinic my family will usually go to at Pinggiran Batu Caves, KL. So we did went there and asked the nurse on getting pregnancy confirmation. Dia suggest either to get the UPT test done there or to get ultrasound scan. We wanted to do the Ultrasound, but in order for us to get the Ultrasound scan we need to make bookings and come on weekdays. So we didn't get it done.

We however went to other clinics to see if we can get the ultrasound done, but its pretty much the same; To make booking first and it is only available on Weekdays. Macam mana nak break it to our parents ni. Memang sure ke pregnant?

But then I stumbled upon a blog post, tapi tak ingat dah siapa punya blog entry tu. Kakak tu mentioned that dia terus je pergi ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak - Klinik Kerajaan la - untuk dapatkan confirmation on her pregnancy.

Kami pun berbincang dan akhirnya setuju untuk buat check up terus di Klinik Ibu dan Anak berdekatan rumah saya di Batu 8, Gombak. Oleh kerana klinik kerajaan hanya buka pada hari bekerja, saya terpaksa skip kerja on Monday and due to that, kene la bagitahu my parents kenapa saya nak skip kerja which unintentionally kena la bagitahu about the whole 'I may be pregnant thing'. Hahaha.

The next day, first thing in the morning, terus pergi ke Klinik Kesihatan. Macam biasa la ramainya orang 😅

Sampai-sampai je terus tanya dengan Misi yang ada dekat kaunter.
"Assalamualaikum, Saya nak dapatkan confirmation untuk pregnancy, macam mana ye?".

"Dah buat pregnancy test ke kat rumah?", misi tu tanya semula.

"Dah, dapat result positif", saya jawab. "Kalau macam tu dah confirm la, ha dah boleh proceed buka buku".

WAIT! WHAT! That's it? So I'm getting myself the pink book? WHAT?

The nurse asked for my IC, gave me a number and ask me to wait until they call me for the registration. Few minutes later, another nurse calls my name and asked me my personal details to be filled in the front of the Pink Book I'll be getting.

Next, I get to see the Nurse in charge for my appointments. She ask when was the last time I had my period and I answered. Which makes me 5 weeks pregnant at that time. Nama misi in charge, Misi Salmi. Nampak macam garang but she's really friendly. Dia bagi the supplements that I'll be needing and then she ask me to wait outside until my number show up again to see the doctor.

Couple of minutes passed and I finally got to meet the doctor. Dia tanya umur and tanya tarikh akhir period, lepas tu terus suruh baring untuk scan. Doktor pun scan, malangnya oleh sbb baru 5 weeks, hanya nampak kantung sahaja. So doktor bagi tarikh next appointment bersamaan 10 minggu umur baby.

That is how I got my pink book done 😂 you can say accidentally la 😂 #5weeks