Tuesday, September 12, 2017

1st Trimester facts for Twin Pregnancy

If you don't know, this is my first time being pregnant. And I got really lucky to be carrying twins. So you should know that Kekman tak pernah experience Singleton Pregnancy lagi. But through readings and watching videos on Youtube, I started to understand that there are few differences in being pregnant with singleton and multiples.

Sebenarnya perbezaan dia taklah terlalu banyak, cuma time 1st Trimester (Minggu 1 sehingga Minggu 13) memang apa yang dilalui bakal mommies kembar ni berbeza dengan bakal mommies singleton. Again diingatkan, this is purely based on my experience, if you find it relatable gimme a hola! Hahaha.

1. SIMPTOM ALAHAN!

MY GOD! Siapa yang mengandung tiada apa-apa alahan tolonglah bersyukur! Kekman, start tahu je pregnant sampai la Bulan ke Empat mengandung still go through alahan. Here's the thing! Carrying twins bermakna mommies can go through double symptoms! Apa yang dimaksudkan dengan double simptom? Maksudnya simptom alahan yang dialami boleh jadi dua kali ganda!

First kita kena faham, alahan terjadi disebabkan daripada hormon tambahan yang diproduce ketika kita mengandung. Hormon tersebut ialah HCG, boleh google sendiri untuk tahu lebih lanjut. Tapi ni la hormon yang menyebabkan alahan kepada mommies ketika preggy. Jadi kita faham in producing a baby, hormon ni pun turut dihasilkan. The same thing in producing two babies, so hormon yang dihasilkan mengikut kadar bayi dalam kandungan.

So! Bila baby berganda, hormon berganda, alahan juga berganda. Twin mommies boleh experience alahan dua kali ganda, alahan lebih awal dan alahan lebih lama dari mommies singleton yang lain. Macam kekman, kekman experience nausea atau muntah-muntah setiap kali selepas makan. Ada orang yang jenis muntah disebelah pagi sahaja, tapi kekman setiap kali selepas makan! Akibatnya saya kehilangan berat badan melampau ketika dalam trimester pertama dan Haemoglobin count berkurang dengan mendadak.

Kekman go through fatigue - penat yang teramat sangat, sampai letak kepala je tertidur, letak kepala je tertidur, migraine - padahal sebelum mengandung tak pernah kena migraine, dan hot flash - badan rasa panas je. Alahan ibu yang mengandung twin ni boleh jadi lebih banyak dari singleton preggy mommies.

2. HIGH RISK PREGNANCY!

The moment the doctor discover you pregnant multiple, mereka akan terus classify you in High Risk Pregnancy Class. Especially for first time pregnant mommies. Mommies yang mengandung multiple akan ada higher chance for GDM atau Diabetes ketika mengandung and High Blood Pressure. Even kalau mommies google, semua penyakit or risiko ketika mengandung mesti melibatkan Multiple Pregnancy. Things like higher risk for keguguran, premature birth, preeclampsia dan banyak lagi. For every penyakit ketika mengandung, yang most likely berisiko untuk menghidapinya mesti Mommies Multiples. 

3. MORE APPOINTMENTS!

Almaklumlah, bila dah diklasifikasikan sebagai High Risk Pregnancy, mommies multiples akan diberikan perhatian and layanan extra. Maksudnya, more appointments for mommies multiples! Macam Kekman, the moment Doktor di Klinik Kesihatan identify je ada dua kantung, terus tanya nak refer Hospital mana. Start from that moment on, I have two places to attend to for appointments - Sebulan sekali kena refer Klinik Kesihatan and ObGyn Specialists di Hospital Selayang.

Kenapa perlu refer Hospital? Kerana multiple babies' growth harus di monitor secara kerap. Every six weeks (in First and Second Trimester) mommies perlu go through Ultrasound Scan untuk monitor the growth of the babies. Perkara seperti Saiz Kepala, Saiz Badan, dan Berat bayi perlu di  ambil kira pada setiap kali temujanji bagi memastikan kesihatan bayi-bayi dan tumbesaran bayi-bayi adalah Normal dan Sihat.

Kekman pernah ada sehingga 7 appointment dalam satu bulan pada usia 4 bulan kehamilan sebab keadaan kesihatan Kekman agak membimbangkan dan Kekman diminta untuk hadir check-ups bagi memastikan keadaan babies tidak terjejas.

4. MENTAL DISTRESS!

Pregnant ladies are most common with the ideology of being emotional due to the excessive amount of Hormones in their system. But that does not mean someone can just simply neglect it.

The fact that Multiples Mommies are classified in High Risk Pregnancy and will be having two or more babies at one time can sometimes give worrying ideas to mommies. Dari sekecil kecil perkara seperti, 

"Cukup ke Nutrien yang sampai dekat bayi bayi dalam kandungan ni?"

sehinggalah ke perkara yang lebih besar seperti

"Mampu ke nak menyara or mengasuh dua babies dalam satu masa?"


Mommies will have the tendency to overthink and finally leading to mental distress like Anxiety, Stress or Depression. Disebabkan oleh kerisauan yang berterusan.

Kekman pun struggle dalam bab ni. Sepanjang-panjang first trimester, Kekman keep on worrying for the condition of the babies. Disebabkan alahan, Kekman selalu takde selera makan and risau babies tak cukup nutrien and tak dapat membesar dengan baik. Then Kekman di diagnosed Anemia pulak, kurang darah merah, risau babies tak dapat bekalan oksigen and lemas dalam perut. Kemudian di omok-omokkan pulak dengan risiko keguguran lebih tinggi bagi multiple pregnancy, bertambah-tambah kerisauan.

But thing will ease eventually, bila kandungan mencecah usia lima bulan and dah start ada babies bump, kerisauan tu akan mula pudar and you will be happier with your pregnancy.

So do not worry, this will only last in your First Trimester (hopefully) 😉

1 comment:

  1. Awakk....sy juga disahkan multiple preggy. Baru 11mggu lebih..alhamdulillah kurg alahan tp sakitnya setiap inchi badan nak nak perut ke pangkal peha apa semuatu ... Pastu overthink...pastu kuat nangis.. adoi. Makan xlalu tp ada masa lapa cam saka sumo. Adoi. ..

    Risau dan masih x caya rezeki Allah tp alhamdulillah . Next week jupe pakar pulak adoi. . Risau sesaje kepala

    ReplyDelete

Share Your Thought