Tuesday, October 10, 2017

Nursing Pillow - #niadoesitherself

Through many readings I found that Nursing Pillow is one of the must have items for new mommies especially for mommies with twins because it will be such a big help in breastfeeding your babies simultaneously.

Memandangkan dekat rumah ada mesin jahit, so I thought
Why not make my own Nursing Pillow?

SO I DID!

Here's a tutorial on Nursing Pillow #niadoesitherself

Material yang diperlukan

1. Kain Cotton Putih 1 meter

2. Kekabu (1Kg) / Poly Fiber Filling (1.5~2 Kg)

3. Keperluan menjahit
4. Gunting dan Pita Pelekat


First of all, untuk mudahkan proses memotong kain, anda boleh download Pattern Nursing Pillow ni di madebymarzipan.com <-- ---="" font="" je="" klik="" link="" nbsp="" ni.="" sini.="">Once dah download boleh terus print.

Ni pattern Kekman dah print, sediakan gunting dan pita pelekat ye.
Next, potong pattern mengikut outline dan cantumkan mengikut turutan A,B,C,D macam Kekman buat dalam gambar dibawah.



Okay, once settled dengan pattern boleh terus move ke next process which is potong kain. Okay, untuk kain 1 meter ni, kene lipat 4 supaya boleh sekali potong untuk bahagian depan and belakang pillow ni.

Make sure bahagian B atau Curve berada di lipatan kain. Bukan di kawasan yang terbuka ye, contohi gambar di bawah.


Kekman decided untuk buat sedikit lebar compare to pattern. Ni ikut pilihan masing-masing, boleh nak ikut sebijik pattern, tapi Kekman lebihkan lebih kurang 3 inchi di kawasan curve A dan B untuk tambah kelebaran. Selesai potong kain, akan dapat hasil macam dalam gambar di bawah.

Setelah selesai kain dipotong mengikut pattern

Bila dibuka pada lipatan, kita akan dapat full pattern Nursing Pillow :)
Dah siap satu proses, iaitu proses memotong kain. Boleh kita teruskan dengan proses menjahit pulak. Untuk jahit pillow ni, hanya perlu jahit 1/2 inchi dari tepi kain. Jahit straight je, cuma jangan lupa untuk tinggalkan sedikit ruangan dibahagian atas bantal untuk masukkan filling nanti. Boleh rujuk gambar dibawah.



Haaaa, selesai proses kedua iaitu menjahit. Sekali lagi diingatkan, jangan lupa tinggalkan ruangan untuk masukkan filling ye. Kalau tak nanti kene buka balik jahitan. Hahaha.

Lepas tu, gunting bahagian luar jahitan. Gunting sikit dan jarak-jarak. Fungsi menggunting ni adalah untuk memastikan bila dah diterbalikkan ke luar dalam, dekat bahagian curve kemas. Boleh rujuk gambar dibawah.


Gunting bahagian luar jahitan, jangan dekat sangat dengan jahitan nanti bantal senang bocor bila dan masukkan Filling

Dah siap potong, terbalikkan keluar dalam kain ni melalui lubang yang disediakan tadi
Jadilah macam ni. Ready untuk di masukkan fillingnya.
Proses seterusnya akan jadi sedikit messy, diingatkan untuk memakai penutup mulut dan hidung especially untuk mereka yang ada masalah pernafasan macam semput, sebab proses seterusnya ialah proses memasukkan filling - kekabu atau polyfiber - ke dalam kain yang dah siap berjahit ni.


Masukkan fillings melalui lubang yang telah disediakan tadi
Kekman pilih untuk menggunakan filling kekabu instead of polyfiber. Masukkan padat-padat tau!
Sampai lah jadi gemok macam ni :)
Bila dah siap masukkan fillings sampai gemok gemok bantal ni. Boleh lah terus jahit lubang tadi and bersihkan kekabu-kekabu yang melekat dekat bantal ni tadi.



Haaaa! Inilah rupanya bila dah siap!
Ini pulak rupa dia bila dah disarungkan cover :D
It's your choice! Sama ada anda nak buat bantal menggunakan kain putih atau kain berprinted terus. Tapi Kekman prefer untuk buat cover, kalau guna kain printed pun boleh je sarungkan cover kemudian. Bukan apa, nanti mudah nak basuh cover incase terkotor kan?

So what do you think? Mudah je nak buat Nursing Pillow ni kalau dah ada barang-barang keperluannya. Kalau nak ada apa-apa persoalan atau penambahbaikkan tinggalkan diruangan komen. #niadoesitherself #

Love,
Nia 

0 comments:

Post a Comment

Share Your Thought