Tuesday, October 10, 2017

2nd Trimester Happiness - The Growing Babies Bump


Remember back then when I said I had gone through anxiety during my first trimester, it all ease up when my babies bump start to show. Alhamdulillah. Perasaan cemas dan risau perlahan-lahan hilang bermula dari minggu ke 16 kandungan, boleh dikatakan hampir setiap minggu ukur lilit perut akan bertambah seinchi.

This is when new things come along.

1. No more Sickness! and Hello Foods!

Alhamdulillah, Kekman dah tak suffer sickness lagi and selera makan pun dah bertambah. Simptom macam penat dan mengantuk masih ada, cuma Kekman dah tak muntah-muntah dah. Kekman lebih berselera untuk makan dan dah mula teringinkan certain foods - Kekman tak consider it to be cravings, hehe.

Kebetulan pulak, masuk bulan kelima pregnancy is during Raya Aidilfitri, Kekman berjaya menambah semula berat badan yang hilang masa first trimester haritu iaitu sebanyak 8 Kg.

2. Body Changes and Aches!

Since this is my first pregnancy, badan Kekman mula sakit-sakit dengan kedatangan babies bump. Kekman ni body build tak besar, sejenis gadis yang tinggi dan kurus. Bila babies bump mula membesar, badan pun terpaksa adjust untuk menampung berat perut. In the fifth month of pregnancy, Kekman suffer hip joint pain - Kekman tak boleh berjalan, nak angkat kaki pun sakit, tapi terpaksa menggagahkan diri jalan perlahan-lahan. Mujur by this time dah tak kerja and rest kat rumah je.

Here's a tip, untuk melegakan sakit dekat bahagian kelengkang or pelvic, sapukan minyak panas dibahagian dalam peha, tak perlu urut melampau, just sapu and lurut bahagian dalam peha untuk mengurangkan ketegangan urat. InshaAllah berkesan 👍

Another thing is Acid Reflux! Dah syok-syok dapat makan, masalah acid reflux pulak sebab babies semakin membesar and menekan kantung makanan yakni perut la. Tapi jangan risau, for mommies yang suffer acid reflux ni, Kekman ada satu solution iaitu minumlah Gaviscon! Jangan risau, gaviscon takkan membahayakan babies ataupun ibu yang mengandung. Ianya memberikan kelegaan segera sekiranya acid reflux menyerang.

3. Growing Baby Bump!

One thing yang Kekman tak habis-habis sebut dari tadi, babies bump! Ni lah yang menjadi kebanggaan dan kegembiraan ibu-ibu hamil, apabila baby dah mula menunjukkan penampakan di abdomen ibunya.

Baby bump ni bergantung pada orang, ada orang yang first time mengandung tak nampak pun baby bump dia and selalu menjadi isu sensitif bila orang lain tengok perut and kata 'Laaa kecilnya perut!'. Again Kekman remind, dia bergantung pada orang, ada orang yang Kekman kenal, dia first time mengandung, tapi punyalah besar perut sampai orang kata dia mengandung kembar.

Sebab lain orang lain jenis kulitnya, ada yang kulit perut tebal, so bila preggy lagi la nampak perut dia, ada orang pulak kulit perutnya nipis. Rezeki Kekman, walaupun first time preggy tapi babies bump ni Kekman consider besar walaupun ada je orang tegur 'Keciknya! Betul ke preggy twin ni?'.

Tapi satu Kekman nak pesan, as soon as perut dah mula membesar cepat-cepat amalkan sapu minyak untuk elakkan stretch marks yang kritikal. Kekman prefer untuk sapu minyak - Kekman guna minyak kelapa dara - insteas of lotion sebab Kekman rasa tekstur minyak lebih menyerap ke dalam kulit dan lebih melembabkan berbanding dengan losyen. Minyak lebih bersifat tahan lama dan akan membantu mengurangkan rekahan di kulit perut. Rajin-rajinkan diri untuk sapu dua kali sehari atau lebih bila perut semakin membesar ye.

Kita jangan serabut otak mommies! Perut kita kalau besar pun, kita yang nak kene kelek kehulu kehilir, haaaa larat ke? Yang penting go with the flow, nak besar ke nak kecil ke ikut la keselesaan baby awak tu, depa yang berumah disitu, janji mereka membesar dengan sihat kan dah cukup untuk kita :)

Kekman faham, mommies ni kadang-kadang tak kisah pun orang nak cakap apa, tapi preggy ni emosi kurang stabil, benda yang remeh pun boleh jadi terasa dekat hati kan? Hehe. Takpe, kalau geram or rasa marah, marah kat suami, dia yang buat kita macam ni kan? Hahaha 😅

Ada lagi ke kegembiraan second trimester yang Kekman terlepas pandang. Let me know in the comment section down below!

Love,
Nia

0 comments:

Post a Comment

Share Your Thought